IKLAN TEKS: TEMPOH PROMOSI PERCUMA 25 MAC HINGGA 31 APRIL 2011

KAMI mempelawa pihak yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan pendidikan untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk anda di blog ini. Perkhidmatan dan produk lain juga akan dipertimbangkan, jika bersesuaian. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami menerusi emel: pendidikanmalaysia@gmail.com.

Contoh:
Kolej ABC ambil pelajar baru Mei ini

Isnin, 21 Mac 2011

Belajar ICT secara percuma


TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama Mazlan Mohamad (dua dari kanan) meluangkan masa meninjau aktiviti pelajar di Pusat Komuniti Bestari Tanjung Api, Kuantan, baru-baru ini.
slug-phg-190311-fokuskomunitibestari
KUANTAN 18 Mac - TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama Mazlan Mohamad (dua dari kanan) meluangkan masa meninjau aktiviti yang dilakukan pelajar di Pusat Komuniti Bestari di Tanjung Api, Kuantan baru-baru ini.
Berita dan Gambar:Siti Norizat Abdul Jalil


KUANTAN 20 Mac - Pusat Komuniti Bestari yang ditubuhkan di Tanjung Api di sini membuka lembaran baru apabila menyediakan kemudahan komputer kepada pelajar sekolah dan penduduk di situ mengikuti pembelajaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara percuma.

 Penubuhan pusat itu merupakan keprihatinan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang berperanan membantu mereka menikmati kemudahan pembelajaran secara komprehensif dan kondusif di luar waktu sekolah.

Mula beroperasi pada Januari lalu, pusat itu mendapat kerjasama daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pahang bagi menyalurkan kandungan pembelajaran menggunakan perisian e-Bahan kepada pelajar.

Pusat itu mendapat sambutan memberangsangkan berikutan seramai 850 pelajar dari darjah satu hingga tingkatan lima untuk mengikuti pembelajaran tersebut.

Pengerusi MBC, Datuk Zainal Rahim Darus berkata, objektif utama penubuhannya adalah menyediakan prasarana pembelajaran secara kondusif kepada pelajar sekolah terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan.

''Kami turut menyalurkan kandungan pembelajaran melalui kerjasama pihak Jabatan Pelajaran Pahang, sekolah dan vendor yang mempunyai kandungan pembelajaran tambahan.

''Selain itu pusat tersebut menyediakan fasilitator berpengalaman bagi memantau dan menunjuk ajar pelajar menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran terutama kepada mereka yang akan menghadapi peperiksaan penting," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Zainal berkata, pusat komuniti itu dilengkapi 40 unit komputer, tiga bilik tutorial, perpustakaan mini, alat bantuan mengajar dan Internet berkelajuan tinggi.

Jelasnya, setiap pelajar akan menjalani beberapa proses pembelajaran secara berperingkat iaitu bermula dengan pendaftaran pelajar.

''Pelajar akan mengikut sukatan pelajaran masing-masing yang disediakan oleh BTPN dan EduWeb TV.
"Mereka akan dinilai melalui soalan dan latihan yang diberikan oleh tenaga pengajar bagi mengenal pasti mata pelajaran yang lemah," katanya.

Jelas Zainal, laporan prestasi pelajar akan dinilai oleh pihak komuniti sebelum diserahkan kepada ibu-bapa serta pihak sekolah bagi mengetahui tahap pelajaran.

Selain itu, beliau memberitahu, terdapat pengisian tambahan iaitu Program Mingguan dijalankan pada Sabtu dan Ahad yang menyediakan aktiviti seperti kelas Fardhu Ain, Congak, Pengucapan Awam dan Sijil Permulaan ICT Cambridge bagi mempelbagaikan pengetahuan serta kemahiran mereka.

''Beroperasi setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam, setiap pelajar diperuntukkan masa dua jam untuk menggunakan komputer," tambahnya. - Utusan Malaysia Online, 21 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan