IKLAN TEKS: TEMPOH PROMOSI PERCUMA 25 MAC HINGGA 31 APRIL 2011

KAMI mempelawa pihak yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan pendidikan untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk anda di blog ini. Perkhidmatan dan produk lain juga akan dipertimbangkan, jika bersesuaian. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami menerusi emel: pendidikanmalaysia@gmail.com.

Contoh:
Kolej ABC ambil pelajar baru Mei ini

Selasa, 22 Mac 2011

JPA, MARA tawar peluang belajar di luar negara untuk lepasan SPM 2010

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang menduduki peperiksaan itu buat kali pertama dan berminat melanjutkan pelajar di luar negara boleh memohon mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Calon yang terpilih mengikuti Program Ijazah Luar Negara itu nanti dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar cemerlang yang berminat untuk mengikuti pengajian di dalam negara digalakkan memohon program sains dan sastera. Pelajar akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian di universiti penyelidikan di Malaysia.

Calon yang berminat mengikuti program ini hendaklah warganegara Malaysi, umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010 serta mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, dan HIV. Selain itu, calon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan untuk kursus pengajian yang hendak dipohon.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Ijazah Luar Negara 2011 tawaran JPA, sila klik di sini dan untuk mengetahui megnenai syarat permohonan Program Ijazah Luar Negara 2011 tawaran JPA, sila klik di sini.  
Untuk maklumat mengenai tawaran MARA kepada lepasan SPM 2010 bagi melanjutkan pelajaran di luar negara, sila klik di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan