IKLAN TEKS: TEMPOH PROMOSI PERCUMA 25 MAC HINGGA 31 APRIL 2011

KAMI mempelawa pihak yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan pendidikan untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk anda di blog ini. Perkhidmatan dan produk lain juga akan dipertimbangkan, jika bersesuaian. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami menerusi emel: pendidikanmalaysia@gmail.com.

Contoh:
Kolej ABC ambil pelajar baru Mei ini

Sabtu, 19 Mac 2011

Kemahiran Bimbingan Penting Dalam Mengatasi Pengaruh Remaja, Kata Taib

KUCHING, 18 Mac (Bernama) -- Kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling di kalangan remaja dan belia sangat penting bagi mengatasi pengaruh rakan sebaya agar tidak terlibat dalam aktiviti anti-sosial, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata mengikut kajian pengaruh rakan sebaya adalah tujuh kali ganda lebih berkesan daripada pengaruh ibu bapa mereka.

"Pengaruh berkenaan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memberi pengaruh terhadap tingkahlaku dan penglibatan golongan remaja dalam aktiviti anti-sosial, seperti lari dari rumah dan penagihan dadah," katanya ketika berucap pada perhimpunan Belia 2011 bertema "Bina Masa Depan Berdasarkan Kejayaan Semasa' di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini Jumaat.

Seramai 5,000 belia menghadiri perhimpunan itu yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap golongan belia kepada pembangunan Sarawak.

Ketua Menteri berkata kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling sangat penting dalam membantu rakan-rakan supaya tidak terlibat dalam aktiviti anti-sosial.

Pada masa kini kadar peratusan penyertaan tenaga buruh menunjukkan bahawa 76.2 peratus belia adalah berumur 25-29 tahun, umur 35-39 tahun (76 peratus) dan berumur 30-43 tahun (74.8 peratus).

Pada majlis itu, Taib menyampaikan Anugerah Ikon Belia (antarabangsa) kepada Izyan Alirahman @ Zee Avi, 26, dan Anugerah Ikon Belia (tempatan) kepada Alia Geneid, 16.

Sementara itu jaguh renang negara Bryan Nickson Lomas, 21, menerima anugerah Ikon Belia (Sukan) penyanyi Mohd Hafiz Mohd Suip, 21, Ikon Belia (Kebudayaan/Kesenian) dan Jason Jonathan Lo, 36, Ikon Belia (Keusahawanan).

Ikon Belia (Orang Kurang Upaya) ialah Albert Wong Tuong Chui, 28, dan Ikon Belia (Kesukarelaan) Hamzah Saufi, 32.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan