IKLAN TEKS: TEMPOH PROMOSI PERCUMA 25 MAC HINGGA 31 APRIL 2011

KAMI mempelawa pihak yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan pendidikan untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk anda di blog ini. Perkhidmatan dan produk lain juga akan dipertimbangkan, jika bersesuaian. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami menerusi emel: pendidikanmalaysia@gmail.com.

Contoh:
Kolej ABC ambil pelajar baru Mei ini

Rabu, 16 Mac 2011

MARA anjur kursus kemahiran untuk lepasan sekolah

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) menawarkan peluang kepada lepasan sekolah serta institusi kemahirannya dan institusi latihan awam lain untuk mengikuti kursus dalam 23 bidang sejajar dengan hasratnya untuk membantu mereka mendapat peluang pekerjaan serta menjadi usahawan kecil dan sederhana.

Tawaran itu juga dibuka kepada ibu tunggal, suri rumah serta belia yang masih menganggur sejajar dengan hasrat melahirkan usahawan gemilang dan pekerja yang kompeten.

Antara kursus yang ditawarkan ialah asas baik pulih telefon bimbit, asas fotografi digital, pembikinan video, percetakan digital, sulaman komputer, makanan India, masakan nasi Arab serta nasi beriani.

Kursus itu adalah anjuran Unit Latihan Luar Institut, Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA.

Peluang untuk mengikuti kursus itu dibuka kepada Bumiputera yang berusia antara 18 hingga 60 tahun (bergantung kepada keperluan kursus), mempunyai kelayakan akademik atau teknikal dalam bidang berkaitan kursus yang akan dipohon, boleh menulis dan membaca dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, serta berminat untuk menjadi usahawan atau bekerja dalam syarikat swasta.

Peserta akan dikenakan yuran sebanyak RM100 seorang kecuali bagi empat kursus berkemahiran tinggi iaitu On Board Training Vessel (Deck /Engine Rating),  Construction Diving (Under Water Welding), Cable Jointer, dan International General Certificate (IOSH) yang dikenakan yuran RM1,000 seorang.

Borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web MARA atau di Unit Latihan Luar Institut, Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA, Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut. Selain itu, pemohon juga boleh menghantar e-mel atau surat permohonan dengan menyatakan jenis kursus yang dipohon beserta maklumat peribadi yang lengkap seperti nama penuh, alamat, no. kad pengenalan dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Semua pertanyaan berkaitan kursus berkenaan, boleh diperoleh dengan menghubungi Penyelaras Kursus di talian 03-26915111 sambungan 3458/3520/3473/1486 dan 3780 seperti berikut:
1. En. Abd Walid B. Abd Hamid (No. H/p : 019-3506574)
    E-mel: awalid@mara.gov.my
2. En. Hariri B. Yahya ( No. H/p : 014 – 7341795)
    E-mel: hariri@mara.gov.my 
3. Pn. Saadiah Bt. Abu (No. H/p : 016-3161734)
    E-mel: saadiah@mara.gov.my
4. Pn. Rohaya Bt. Ismail (No. H/p : 016 – 9152887)
    E-mel: rohayai@mara.gov.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Mac 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan