IKLAN TEKS: TEMPOH PROMOSI PERCUMA 25 MAC HINGGA 31 APRIL 2011

KAMI mempelawa pihak yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan pendidikan untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk anda di blog ini. Perkhidmatan dan produk lain juga akan dipertimbangkan, jika bersesuaian. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami menerusi emel: pendidikanmalaysia@gmail.com.

Contoh:
Kolej ABC ambil pelajar baru Mei ini

Isnin, 21 Mac 2011

Naib Canselor sokong semak semula gaji kakitangan rendah IPTA

GEORGETOWN: Jawatankuasa Rektor dan Naib Canselor Malaysia menyokong penuh usaha menyemak semula gaji kakitangan sokongan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana ia mampu membantu perkembangan bidang akademik tempatan.


Pengerusinya, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata skim gaji membabitkan kakitangan IPTA termasuk kakitangan sokongan tidak boleh disamakan dengan skim gaji kakitangan agensi kerajaan lain.

“Saya menyokong 100 peratus cadangan untuk mengkaji semula gaji kakitangan sokongan IPTA kerana kebanyakannya berpendapatan bulanan bawah RM1,000 dan golongan ini harus dibantu.

“Gaji yang diperoleh kakitangan sokongan IPTA tidak mencukupi sehingga memaksa bekerja lebih masa atau melakukan kerja tambahan di luar dan ia pasti menjejaskan kualiti kerja serta IPTA tempat mereka bekerja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kelmarin, Presiden Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM), Datuk Omar Osman, berkata separuh daripada 55,000 kakitangan sokongan IPTA hidup di bawah paras kemiskinan kerana menerima gaji RM647 sebulan.

Omar berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memohon kenaikan gaji minimum kakitangan sokongan IPTA gred 1 hingga 16 kepada RM1,100 sebulan dalam tempoh terdekat.

Dzulkifli yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pihaknya menawarkan pinjaman mikro kepada kakitangan yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000.

Katanya, ia sebagai langkah mengurangkan beban kewangan, di samping melatih ahli keluarga kakitangan terbabit menyertai perniagaan secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan isi rumah. - Berita Harian Online, 21 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan