IKLAN TEKS: TEMPOH PROMOSI PERCUMA 25 MAC HINGGA 31 APRIL 2011

KAMI mempelawa pihak yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan pendidikan untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk anda di blog ini. Perkhidmatan dan produk lain juga akan dipertimbangkan, jika bersesuaian. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami menerusi emel: pendidikanmalaysia@gmail.com.

Contoh:
Kolej ABC ambil pelajar baru Mei ini

Isnin, 21 Mac 2011

Program mencegah kanser


SEBAHAGIAN pelajar SMK La Salle yang menjadi sukarelawan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kanser payu dara selepas pelancaran program MenCare Young People di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.



MAJLIS Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) baru-baru ini telah mengadakan Program 'MenCare Young People' dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan anak muda terhadap keperluan untuk menyokong wanita mengesan kanser payu dara di peringkat awal.


Program yang disasarkan kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti yang berumur 13 hingga 19 tahun itu dianjurkan sepanjang 2010 yang dipenuhi dengan beberapa bengkel interaktif.

Timbalan Presiden NCWO, Datuk Ramani Gurusamy berkata, golongan muda khususnya lelaki digalakkan untuk menjadi pejuang kesihatan dan menggalakkan wanita dalam hidup mereka mengamalkan penjagaan kesihatan dengan tumpuan kepada pemeriksaan kanser payu dara menerusi program ini.

"Anak gadis pula dididik untuk menjaga kesihatan diri mereka sendiri serta sentiasa proaktif dalam usaha menjaga kesihatan dan kecergasan," katanya pada bengkel itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya baru-baru ini.

Menurut beliau, pada sesi pertama bengkel, golongan muda diperkenalkan kepada inisiatif MenCare dan peranan yang boleh dimainkan untuk menyokong serta menggalakkan pemeriksaan kanser payu dara di samping memberi kefahaman tentang kanser dan kesihatan payu dara.

"Sesi kedua ditumpukan kepada perkongsian pengalaman dengan kanser payu dara yang terselamat. Manakala dalam sesi ketiga, para peserta muda ini membincangkan tentang jenis sokongan yang boleh mereka diberikan," jelasnya.

Selepas pelancaran program 'MenCare Young People' tahun lalu, NCWO menganjurkan bengkel di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Selangor, Sarawak dan Terengganu yang telah dihadiri oleh 237 pelajar.

Tambah Ramani, program ini terbukti berkesan kerana anak-anak muda kini menyedari peranan yang mereka boleh mainkan untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong perjuangan menentang penyakit yang menjejaskan ramai wanita Malaysia.

"Sokongan daripada suami dan anak-anak sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan adalah paling penting dalam perjuangan menentang kanser payu dara," ujarnya.

Beliau berkata, kesedaran yang diterapkan menerusi 11 bengkel yang dianjurkan tahun lalu telah memberi kesan positif kerana anak-anak muda ini sekarang lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kanser payu dara dan bersemangat untuk menyokong dan menyertai perjuangan ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pfizer Malaysia/Brunei, Angel Choi berkata, inisiatif MenCare NCWO dengan kerjasama Pfizer Malaysia dan NCWO untuk menggalakkan kaum lelaki menyokong pemeriksaan kanser payu dara di kalangan wanita dengan matlamat untuk mengurangkan kadar kematian dan kehilangan upaya disebabkan kanser payu dara. - Utusan Malaysia Online, 21 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan