IKLAN TEKS: TEMPOH PROMOSI PERCUMA 25 MAC HINGGA 31 APRIL 2011

KAMI mempelawa pihak yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan pendidikan untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk anda di blog ini. Perkhidmatan dan produk lain juga akan dipertimbangkan, jika bersesuaian. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami menerusi emel: pendidikanmalaysia@gmail.com.

Contoh:
Kolej ABC ambil pelajar baru Mei ini

Isnin, 21 Mac 2011

ULASAN BUKU - Pengurusan Imej

Judul: Pengurusan Imej
Penulis: Chek Mat
Jumlah halaman: 170
Tahun terbitan: 2007
Harga: RM15
ISBN: 978-967-61-2068-5
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

KEJAYAAN dan kegagalan pemimpin dan organisasi banyak bergantung kepada kemahiran pengurusan imej. Buku ini menghuraikan tentang kepentingan perkara itu dalam organisasi.


Garapan buku ini lahir daripada pengalaman panjang penulisnya yang pernah berkhidmat sebagai guru, pegawai latihan kanan Biro Tata Negara dan bekas Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia.

Beliau yang merupakan lulusan Sarjana Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga berpengalaman sebagai pakar motivasi dan jurulatih utama selama 20 tahun untuk agensi awam, swasta dan pertubuhan sosial.

Buku ini yang mempunyai empat bab lebih bersifat praktikal kerana turut memuatkan latihan penilaian dan latihan keterampilan dalam sesebuah organisasi.

Maklumat yang dikemukakan sesuai dijadikan rujukan oleh pengurus, pemimpin, kaunselor, guru, pegawai latihan dan pelajar yang mengikuti kursus bimbingan kaunseling, sumber manusia dan pengurusan perniagaan.

Bab pertama membincangkan tentang latar belakang pengurusan imej. Di dalamnya dimuatkan tentang suasana persekitaran, definisi, pendekatan, mitos, sejarah, kepentingan budaya dan pengaruh wira terhadap kepentingan imej,

Bab kedua pula difokuskan tentang pentingnya pengetahuan diri, kawalan diri, kepentingan motivasi dan persembahan diri. Dalam pada itu, bab ketiga menyentuh bagaimana mengurus imej organisasi berkaitan perubahan pemikiran dan pengurusan prestasi serta penilaian semula sistem bekerja.

Bab keempat membincangkan penerapan imej kendiri dalam organisasi termasuk berkaitan teknik-teknik mempengaruhi orang lain dan komunikasi tanpa lisan. - Utusan Malaysia Online, 21 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan